Tuesday, September 2, 2008

IKUT MERDEKA

Antara dua menara tinggi
di bekas padang lumba judi
di Jalan Ampang,
seorang tua merintih
mengenang kekang kapitalis
yang mengambil gobok setinggannya
Mahu dibina kondo katanya
untuk siapa?
Untuk pendatang terhormat
dari seberang tambak
yang uwangnya banyak
lantaran hampir dua ringgit
untuk satu dollar

II

Dan orang tua itu
hairan dan merintih lagi
kenapa sekarang tiada lagi
pemimpin yang asli dan berjiwa ikhlas?
lantaran semuanya bertukar jiwa
menjadi hamba-hamba
gila kuasa dan wang
bertopengkan demokrasi
beracuan sendiri
Mereka bercakap tentang projek mega
Lebuhraya lebar, menara pencakar
dan lapangan terbang besar.
Sedang sang tua itu tidak pernah pijak
lebuhraya bertiket,
atau memanjat menara kembar
apa lagi masuk
ke Balai Berlepas KLIA
Dan cucunya juga tidak dapat ke U
akibat saudagar-saudagar
sudah menjadi akademik
membina pusat mengaji
yang yurannya melangit!

III

Biar siapa pun yang memegang
tampuk eksekutif,
apa yang si Tua harap
sebagai rakyat yang kerdil
hanyalah peluang bagi cucunya
yang mohon kerja sana sini
diambil walau dia bukan kroni;

agar kantor gomen tersenyum
bagaimana gahnya piagam di pintu;

agar pencennya masih bisa membayar
harga segantang beras
Si Tua rayu jua longkang hapak
desa tengah kota bergerak semula,
supaya hidung da juga
sama dengan hidung-hidung
penghuni Ukay Heights;

Dan cucunya kini kerani am
ofis gomen yang belum berduit
angkara birokrasi tinggalan penjajah

Persetan menara kembar, airport besar
dan MSC yang dia tentu
tidak merasa.
Biarlah dia mati dalam hormat
Biarlah cucu-cucu dan cicit-cicitnya
merasa merdeka sepertimana
patriotiknya sang penjual bendera
di toko besar!

Karya Ismariwan Shamsudin.











Monday, September 1, 2008

Semangat Merdeka!

Sekiranya video merajuk...=.=.... dan tidak boleh ditayangi, sila ikut link ini ->http://ca.youtube.com/watch?v=5W_L6crtJWE

Friday, August 29, 2008

Apa? Bila? Mana? Huh??



KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA

Dialog antara Lulu dan Lala tentang
'KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA'.
*Kami memohon maaf atas kegunaan perkataan-perkataan bahasa Inggeris*

Lulu - Jingga
Lala - Ungu

Huh... Hari Merdeka... apa itu...dengar sahaja sudah membosankan saya!029

Lulu! Tak tahu apa itu Hari Merdeka?! Cis, apalah raky
at Malaysia ini! 036

Relax laaa. Saya bukan membenci.. apa tu.. Hari Merdeka. Beritahulah saya, apakah itu Hari Merdeka? Setahu saya, hari ini, macam sesuatu cuti. Wah, cuti, besnyaa!! WHEEEE!!!! 084

Apalah ni, Lulu. Tak dengar apa yang guru ajar sewaktu kelas Sejarah. Baiklah, mood saya baik hari ini. Saya akan menceritakan apa itu Hari Merdek
a kepada kamu. 070

OK. Hari Merdeka memang merupakan cuti untuk seluruh negara Malaysia. Hari ini, atau lebih dikenali sebagai Pemasyhuran Kemerdekaan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3, adalah perisytiharan kebebasan rakyat Malaysia daripada penjajahan British buat selama-lamanya. 042

Adakah Lulu berasa oh-sangat bersyukur terhadap pencapaian negara kita ini??? 017


Ahh.. uhh.. 019


(Lala : 093 )

Lala... sejak bilakah orang British jajah tanah ki.....

LULU!!!!!!! SAYA NAK CEKIK KAU NI!!!!! 076

Ahhhh, sorry Lala!!! 018 Chill, Lala, chill!!!

Sedang chilling ni... 040 Lulu, tolonglah baca buku Sejarah kamu!

Ehheh... saya gurau saje la! Sambunglah cerita ini. 059


( Lala : 003 )

Ok. Kira-kira 51 tahun lalu, pada tanggal 31~, bulan lapan~, '57~, Merdeka~, Merdeka~, tetaplah Merdeka~.... maaf, ehem!

Pada hari ini, sesuatu peristiwa yang penuh bersejarah telah berlaku; pemasyhuran kemerdekaan. Semua warganegara Malaysia, tidak kira bangsa atau agama, telah berhimpun untuk melihat dengan sepasang mata sendiri detik-detik Kemerdekaan Negara Malaysia.

Tetapi... sehari sebelum 31.08.57, iaitu 30.8.57, rakyat Malaysia menantikan saat di mana, akhirnya, bendera Union Jack akan melambai di atas tiang bendera buat kali terakhir....

Mereka tunggu...

027

dan tunggu.......

042 023 083

dan tunggu.................

074 074
074 074 074

sehingga akhirnya....

Tepat pada pukul 12.00 tengah malam, di depan mata-mata yang tidak berkelip sekalipun, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur! 099

Sebaik sahaja saat Union Jack mencecah bumi, orang ramai bersorak dan suasana riuh-rendah sekali.

100091_R100091_L100

Selepas itu!! 051Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan megah sekali sebagai lambang kebebasan negara daripada cengkaman British. 060



100091_R100091_L100

Wahhhhh!!! Bernasib baiknya ibu bapa dan datuk nenek kita yang dapat menyaksikan peristiwa ini!!!! Bayangkan betapa meriahnya suasana pada waktu tersebut!!!!!! Saya sudah mula terasa teruja dengan cerita ini.... 022_a

Sabarlah dahulu. Saya belum habis ni... Adakah Lulu tahu di mana berlangsungnya pemasyhuran Tanah Melayu? 059

Uhh... eh... tak tahu! Di mana, ya? Bukan di Padang Kelab Selangor ke?
057

Aiyoyo
... bukan! Bukan, bukan, bukan!!! Di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur lah! 006

Ahhhh..... ya, ya! Ehehhehhehe. 014

Aih stressnya... 085

Tahukah Lulu bahawa Stadium Merdeka dibina KHAS untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan ini?
013_a

020Bangunan yang dibina khas, khas, khas ini adalah untuk melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang..... *drumrolls*

091_RMERDEKA!!!!!091_R

Yalah, Lulu tahu. Kan itulah nyata bahawa sebab stadium ini dipanggil sebagai Stadium MERDEKA! 052

Eh... yaaa... heh-
heh.

~*~

Pada hari yang mulia itu, hujan lebat mula turun melimpah dan membasahi tanah Stadium Merdeka yang telah menangguh upacara rasmi ini selama sejam.

079079079

Akhirnya, datangnya hadirin kehormat tepat pada pukul 8 pagi.

Antaranya, raja-raja yang disanjung tinggi, Raja-raja Melayu,

yang berpakaian songket yang berkilauan sehingga membutakan mata,
055

yang diteduh payung diraja, 078

yang duduk bersemayam di pentas-pentas khas. 061

Di samping itu, dengan bersedianya dokumen penyerahan kuasa, wakillah Ratu Elizabeth, Duke-of-WELLINGTON! 101


Dramatisnya O______O Bilalah Lala akan mengakhiri cerita ini? 081

Ehem! Kemerdekaan menandakan pemulangan semula kuasa politik negara ini kepada pemerintah tempatan setelah dikuasai oleh penjajah selama hampir 446 tahun!!! OK?? 011

O.K. 075

Akhir sekali....

*Akhir sekali... 055*

Tunku Abdul Rahman yang bakal menjadi Perdana Menteri pertama negara telah membaca perisytiharan kemerdekaan itu. Sejurus kemudian, beliau melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak.... adakah Lulu tahu beberapa kali? 059

TUJUH KALI!!!!!

MERDEKA!

MERDEKA!

100100091_L091_C091_R100100



MERDEKA!

MERDEKA!

100100091_L091_C091_R100100


MERDEKA!

MERDEKA!

100100091_L091_C091_R100100



MERDEKA!

MERDEKA!

100100091_L091_C091_R100100



MERDEKA!

MERDEKA!

100100091_L091_C091_R100100



MERDEKA!

MERDEKA!

100100091_L091_C091_R100100



MERDEKA!

MERDEKA!

100100091_L091_C091_R100100



*Sambutan Laungan para hadirin bergema memenuhi kawasan di sekitar stadium pada pagi itu. Semangat yang membakar oleh kegembiraan terhadap kejayaan melepaskan diri daripada penjajahan kuasa asing masih tidak mati sampai hari ini.*


~*~ The end ~*~