
KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIADialog antara Lulu dan Lala tentang
'KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA'.
*Kami memohon maaf atas kegunaan perkataan-perkataan bahasa Inggeris*
Lulu - Jingga
Lala - Ungu
Huh... Hari Merdeka... apa itu...dengar sahaja sudah membosankan saya!
Lulu! Tak tahu apa itu Hari Merdeka?! Cis, apalah rakyat Malaysia ini! 
Relax laaa. Saya bukan membenci.. apa tu.. Hari Merdeka. Beritahulah saya, apakah itu Hari Merdeka? Setahu saya, hari ini, macam sesuatu cuti. Wah, cuti, besnyaa!! WHEEEE!!!! 
Apalah ni, Lulu. Tak dengar apa yang guru ajar sewaktu kelas Sejarah. Baiklah, mood saya baik hari ini. Saya akan menceritakan apa itu Hari Merdeka kepada kamu. 
OK. Hari Merdeka memang merupakan cuti untuk seluruh negara Malaysia. Hari ini, atau lebih dikenali sebagai Pemasyhuran Kemerdekaan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3, adalah perisytiharan kebebasan rakyat Malaysia daripada penjajahan British buat selama-lamanya. 
Adakah Lulu berasa oh-sangat bersyukur terhadap pencapaian negara kita ini??? 
Ahh.. uhh.. 
(Lala :
)
Lala... sejak bilakah orang British jajah tanah ki.....
LULU!!!!!!! SAYA NAK CEKIK KAU NI!!!!! 
Ahhhh, sorry Lala!!!
Chill, Lala, chill!!!
Sedang chilling ni...
Lulu, tolonglah baca buku Sejarah kamu!
Ehheh... saya gurau saje la! Sambunglah cerita ini. 
( Lala :
)
Ok. Kira-kira 51 tahun lalu, pada tanggal 31~, bulan lapan~, '57~, Merdeka~, Merdeka~, tetaplah Merdeka~.... maaf, ehem!
Pada hari ini, sesuatu peristiwa yang penuh bersejarah telah berlaku; pemasyhuran kemerdekaan. Semua warganegara Malaysia, tidak kira bangsa atau agama, telah berhimpun untuk melihat dengan sepasang mata sendiri detik-detik Kemerdekaan Negara Malaysia.
Tetapi... sehari sebelum 31.08.57, iaitu 30.8.57, rakyat Malaysia menantikan saat di mana, akhirnya, bendera Union Jack akan melambai di atas tiang bendera buat kali terakhir....
Mereka tunggu...

dan tunggu.......

dan tunggu.................

sehingga akhirnya....
Tepat pada pukul 12.00 tengah malam, di depan mata-mata yang tidak berkelip sekalipun, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur! 
Sebaik sahaja saat Union Jack mencecah bumi, orang ramai bersorak dan suasana riuh-rendah sekali.
Selepas itu!!
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan megah sekali sebagai lambang kebebasan negara daripada cengkaman British. 

Wahhhhh!!! Bernasib baiknya ibu bapa dan datuk nenek kita yang dapat menyaksikan peristiwa ini!!!! Bayangkan betapa meriahnya suasana pada waktu tersebut!!!!!! Saya sudah mula terasa teruja dengan cerita ini.... 
Sabarlah dahulu. Saya belum habis ni... Adakah Lulu tahu di mana berlangsungnya pemasyhuran Tanah Melayu? 
Uhh... eh... tak tahu! Di mana, ya? Bukan di Padang Kelab Selangor ke?
Aiyoyo... bukan! Bukan, bukan, bukan!!! Di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur lah! 
Ahhhh..... ya, ya! Ehehhehhehe. 
Aih stressnya... 
Tahukah Lulu bahawa Stadium Merdeka dibina KHAS untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan ini?
Bangunan yang dibina khas, khas, khas ini adalah untuk melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang..... *drumrolls*
MERDEKA!!!!!
Yalah, Lulu tahu. Kan itulah nyata bahawa sebab stadium ini dipanggil sebagai Stadium MERDEKA! 
Eh... yaaa... heh-heh.
~*~
Pada hari yang mulia itu, hujan lebat mula turun melimpah dan membasahi tanah Stadium Merdeka yang telah menangguh upacara rasmi ini selama sejam.
Akhirnya, datangnya hadirin kehormat tepat pada pukul 8 pagi.
Antaranya, raja-raja yang disanjung tinggi, Raja-raja Melayu,
yang berpakaian songket yang berkilauan sehingga membutakan mata, 
yang diteduh payung diraja, 
yang duduk bersemayam di pentas-pentas khas. 
Di samping itu, dengan bersedianya dokumen penyerahan kuasa, wakillah Ratu Elizabeth, Duke-of-WELLINGTON! 
Dramatisnya O______O Bilalah Lala akan mengakhiri cerita ini? 
Ehem! Kemerdekaan menandakan pemulangan semula kuasa politik negara ini kepada pemerintah tempatan setelah dikuasai oleh penjajah selama hampir 446 tahun!!! OK?? 
O.K. 
Akhir sekali....
*Akhir sekali...
*
Tunku Abdul Rahman yang bakal menjadi Perdana Menteri pertama negara telah membaca perisytiharan kemerdekaan itu. Sejurus kemudian, beliau melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak.... adakah Lulu tahu beberapa kali? 
TUJUH KALI!!!!!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!